Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Thursday, October 28, 2010

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

 Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  •  Bayi  itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”  
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di  Bumi  banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah  Kamu  khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.  Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. 

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
 Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Wednesday, October 20, 2010

bile perasaan nak makan TAPI...

ader perasaaan tapi takde selera nak makan...
i hate it the most...please la...adoiyai..
aku kalo tak makan jadi serabut...

now, masih berthinking tuk mkn yang paling sedap..please help me...!!!!

mee goreng sedap

ihsan:salam2benua.blogspot.com
pandai akak ni masak..sedap

ihsan:salam2benua.blogspot.com
ni pun sedap....kalo mee udon pun sedap

nasi goreng..i like!

ihsan: dari mr.google

ELLISA MJ


Tuesday, October 19, 2010

7 weeks..

7 minggu masih ok lagik....cuma semlam dah setat kembang tekak dan muntah...hoho..sebenarnye selalu rasa nak muntah tapi aku control..supaya tidak terasa ngada2 sangat...hahahhahaha.....Anyway, skang kalo tgk lauk2 Mak Jah, tekak aku kembang yang sekembang2nya tapi ku kuatkan hati tuk makan jugak..makan tetap makan..maner leh miss but still not to put so much weight..kang kene marah ngn dr..no..no..no...


Diha semakin cergas dan cerdik..now, tgh latihkan dia supaya dapat putus susu ibu ni.....huh sangat menduga betul..Macam semalam, biasanya balik kerja mesti dia mintak ummi susu..tapi dia tak ingat dah sampaila smlm tido pun dia tak mintak kebiasaannya dia akan mintak nak ngempeng waktu tido..Alhamdulillah...tapi biler dah pukul 2-3 pagi..ngamuk2 nak tetek..gerammm je..bile ckp ummi buatkan susu, she said, "no..no..no...ma..ma..."...omputih plak keluarnya..herm..okla..ummi sumbat jelah..
kul 6 pagi gaknyer dah takde susu nak isap...mintak "tu..tu"..nasib abah dia yang buat..selamat ummi..hehehehhehe..then..bukan terus tido..main game kat I-Phone..herm..nasib la diha..janji jgn kacau ummi...tapi kacau gak..sebab main puzzle tak masuk2 dalam puzzle tuh....diha..diha.....takpelah...janji Diha sihat, cergas otak dan semakin keletah....Sayang mu sangat.....ANd she loves baby so much..tgk baby kat tv pun sebut Baby..sampai kasim dia pun dah jadi macam baby..tido kanla..bagi susu la...hehehhehe..(kassim adalah kucing mainan)...


diha wif pants...

diha @ sushi...

so this is her beloved kassim...tuh marah tuh...ummi pegang kassim dia...heheheh

ELLISA MJ

Wednesday, October 13, 2010

Maha Ngantuk

Pada kali ini, barangkali kengantukan berlaku pada waktu pagi bukan lagi waktu lepas maghrib di mana lepas waktu maghrib aku segar bugar..dan tidak lena tido sampai 4 pagi..dan selepas subuh bangun ke kerja dan di tempat kerja aku dapat MAHA NGANTUK..Ya Allah, dugaan kali ini sungguh menguji diriku....Lain sekali seperti aku mengandungkan Diha, aku tido selepas maghrib sehingga subuh..nak bgn Isyak pun tak larat...huhuhu..Apa yang aku harapkan kali ini aku dapat khatam Al-Quran dan baca surah yang seiring dengannya..Insha Allah..semoga aku dapat kekuatan itu....

dari en. google

Tuesday, October 12, 2010

Ngantuk

Semalam dah jumpa Pn Doktor...dialognya seperti di bawah:-

Melangkah masuk ke bilik Dr Mariana (my fav dr so far)
Dr : sakit apa?
Aku :
Erm..saya dah lewat period 11 hari....(malu2 ckp ngn Puan Doktor)
Dr : (dr senyum)..erm...so, dah cek dah..?
Aku : Dah dr...ader dua line....
Dr : ha ok la tuh....(sambil tanyer tarikh last period ngn EDD)..Insha Allah, due nnt bulan 6, 7hb....
Aku : (hanya mampu tersenyum dan syukur Alhamdulillah)
Dr: nnt kiter scan ..tgk kedudukan baby macamaner....lagi 6 minggu dah boleh daftar kad klin ik kesihatan ye..so far kandungan awak dah 5.5 weeks..
Aku: Ok..biler leh scan?skang ker?
Dr : kita try tgk dah boleh nampak lom kandungan awak...
Aku: (arghh sonoknye..tapi en shahir dan diha kat luar..erm takpelah...this is not my first time)

Dah cek sumer..dan for the first time aku dapat lihat sekecil kandungan dalam rahim aku....before this tak pernah tgk sebab mas adiha, aku hangin ngan doktor cina yang seakan2 mcm vavi tuh tak nak layan akunyer test pregnancy..aku ingat sampai bebile..but with this dr.. i adore her  a lot....sonoknya...but dr nasiht kan supaya aku jaga berat badan..jangan terlalu berat semasa mengandung dan dia suh target lagi 6 minggu mesti berat tak lebih 67kg..OK DR! saya akan jaga pemakanan saya..Insha Allah..Dan, Dr suh putuskan susu badan tuk diha..ok, i'll try!

My mom pun dah leh terima kenyataan, Alhamdulillah...Semoga kandungan kali ini membawa seribu rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dan mengharap dariNya semoga segala urusan mengandung akan dipermudahkan...Aminnnnn....

Monday, October 11, 2010

Dalam Orang Ada Orang

fuh...lewat 11 hari dah ni..but two days ago dah buat test..and its positive..
yey!!diha nak dapat adik..mesti diha suke..
Tommorrow gi klinik wat test lagik nnt....
Fuh..nebes ai mcm ngandung anak pertama....

Semoga kali ini aku dapat handle segalanya dengan sendiri....Insha Allah...

Thursday, October 7, 2010

Ramadhan dan Syawal

Fuh..lama sungguh tak update blog..Malas dan takde idea..
Anyway, tak terlmabt nak wish selamat Hari Raya....Mohon maaf di atas kesilapan dan kekurangan diri ini...
Tahun ni niat di hati nak posa 6..tapi masih tak kesampaian nak teruskan..Insha Allah ingat nak habiskan posa ganti dalam masa terdekat..kot2 termengandung ke...hahah...Ni pun dah lewat 7 hari aku tak cek lagik..but i can feel the different..takpelah biar surprise sket..hehehhehe

Ramadhan tahun ni indah sekali sebab Diha dah besar..sonok melayan dia...dah pandai segalanye yang mampu dibuat oleh budak yang hampir 2 tahun cuma cakap je tak reti lagi but she understand apa yang kita cakap...dan dia semakin manja..

Cerita Syawal pulak..diha buat hal pagi raya sebab dia ikut ummi dia tido lambat kul 2 pagi mskkan duit dalam sampul..pagi2 dah bangun kan..so mmg meragam je..semua amik gambar tak nak..selalu dia la paling ke depan..hehehe anyway, i love my family..tema tahun ni..KUNING..hehhehehe..dan raya tahun ni paling meriah sebab dari awal syawal sampai la akhir tetap pergi beraya...fuh diha pun masyuk la kan...thanks for giving sampul raya.....hehehhehe


jenguk2