Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Tuesday, March 22, 2011

Kisah Yuna dan Abang Nara

Siang semalam, tetibe terbaca post abang nara tentang yuna ...at first mmg rasa tak patut yuna berhijab begitu but bila difikirkan balik..Tahniah buat Yuna kerana dia berani berhijab di US yang rata2nya kita tahu dorang mmg against hijabis dulu..but maybe skang everything has changed dan Yuna telah berjaya keluar dari kepompong Malaysia ke US semata2 mengejar cita2nya...but hopefully Yuna masih berhijab dan masih ada ciri2 orang malaysia sopan santun orang melayu dan sebagainya... Dengan kekecewaannya itu, Yuna telah delete tumblr beliau..chis...aku pengikut setia ok....dan dia telah melahirkan perasaan kecewanya kerana dia mengabdikan gambar2 beliau di dalam tumblr itu kerana dia passionate tentang fesyen... i like her fashion but yet im too 'old' to follow the fashion tapi bab vintage tu mmg in la dalam jiwa kot..chewah..setakat ini la...but i dun know if in future is other way around...hhehhehehehh..


Macam2 berlaku...semoga Yuna tabah dan tidak mudah lupa diri..
wassalam..

credit : www.beautifulnara.com
           http://twitter.com/yunamusic

Amalan Sewaktu Mengandung

Kali ni mengandung tak dan nak baca Al-Quran tapi ku cube buat mana yang termampu..Insha Allah


Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

credits to: http://aidura.blogspot.com/

doa seorang isteri.


Kali ni pregnant asik terbangun pagi hari sebelum subuh sebelum orang baca tahrim di surau dan sangat lapa...aduhai..ape kene nya dengan aku....
Sekarang dah masuk trimister ke 3 means dah masuk 28 weeks...yey!Alhamdulillah..semoga Tuhan mengurniakan kesihatan dari segi mental dan rohani begitu juga dengan abahnya yang sedang mengalami back pain. Kasihan suami ku...aku sgt sedih mlm tadik sebab tetibe terlintas dalam fikiran kalo dia sakit, dia tokleh keje aku ngn perut lagik dengan diha lagik..Sampai aku ckp sedih2 dengan suara bergetar, ' Abang kene sehat, kene kerja.Orang dengan perut lagik ni dapat buat tahap yang paling mampu dan maksimum yang tidak seperti orang sihat lain yang mampu buat," Suamiku diam dan barangkali dia memikirkannya dan terus tertidur tidak lagik mengadap komputer seperti kebiasaan. Ya, kerana sebab dia selalu bersekang mata tgk bola dan mengadap lappy, dia mengalami sakit belakang dan begitu juga suka membuat kerja dalam satu masa cthnya, br balik dari singapore jam 7 mlm tapi kul 8 dah gi main futsal...hello, badan awak bukan budak umur 20 tahun tapi 30 tahun ya...ingat tu....skarang perlukan masa untuk kesihatan dan mental dan ya kamu sudah berkeluarga. tidak dinafikan suami saya seorang family type...he is willing to do everything for family.Thanks for that Ya Allah..sekurang2nya tggjwbnya terhadap kami tidak terabai..Alhamdulillah.

Ya Allah, kurniakanla kesihatan dan sembuhkanlah kesakitan yang dialami oleh suami ku...Begitu juga dengan rejeki dariMu, semoga dengan kehadiran si kecil ini akan bertambah rejeki kami.Lapangkanlah dada kami semoga kami dapat menempuh segala dugaan dengan penuh keredhaan kepada Mu Ya Allah...Sesungguhnya tiada tempat lain untuk kami mengadu selainMu, Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim....Aminnn.......

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu BPA Free akan diharamkan?

OK...PEMBETULAN..BOTOL SUSU BPA YANG DIHARAMKAN BUKAN BPA FREE DIHARAMKAN...HEHEHEHEH

Mak aii..br je beli satu botol susu AVENT tuk diha last 2 weeks, this week kata akan diharamkan tahun depan iaitu setahun dari sekarang sebelum dilancarkan pengharamannya.Ataupun diorang nak kata yang minum susu ibu lagik bagus dari susu botol..Cakap je terus terang..takyah nak berdalih2..dan sebgi seorang ibu pastila kita akan risau tentang effect aper yang diperkatakan seperti di bawah ini... Hope jauhkan dan lindungilah anak2ku dari sebarang bahaya ini..Aminnn


PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama

Macamana nak kenal botol Susu Polikarbonat Bisphenol A?? Senang saje, cari botol susu yang dilabel "BPA Free", kalu yang takde label "BPA Free" tu maknanya ada Bisphenol A la tu.



petikan : http://carca-marba.blogspot.com/2011/03/botol-susu-polikarbonat-bisphenol.html

Monday, March 14, 2011

Ayat Seribu Dinar

Pregnant kali ni, x byk dapat baca surah2 tertentu.so teringat ayat seribu dinar pun bagus jugak untuk diamalkan bukn shj sewaktu mengandung tapi untuk kehidupan seharian. teringat satu hamba Allah ni, masa interbiu beliau kerana menjadi seorang ibu kepada 11 orang anak dan semua anaknya berjaya. Salah satu amalan beliau adalah dengan mengamalkan bacaan ayat seribu dinar dan juga sepotong ayat Bismillah.. Berkat doa beliau, anak2 beliau semua berjaya. Antaranya menjadi doktor, peguam dan juga pensyarah dan anak2nya terkenal dengan kebijaksanaannya. Menurut beliau, dia pun tidak punya byk masa untuk membaca alQuran seharian tetapi beliau mengamalkan dengan membaca ayat dibawah dan amaln membaca bismillah setiap pagi dan setiap hari. Semoga berkat usaha ini juga, aku dapat melahirkan seorang khalifah Allah yang terulung dan bijaksana...Aminnn..


Ayat seribu dinar ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



kredit:http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

jenguk2