Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Thursday, December 18, 2008

D.I.A.M atau N.O.T.H.I.N.G.T.O.S.A.Y

diam...
dan diam....

makan malam pun dgn suasana senyap dan tunduk...

kenapa diam?
tak tahu nak cakap ape...

sampai hati...
:senyap:

pagi....
diam jugak....

sampai bila lah hidup aku mcm ni...
dia ngan dunia je..
aku ni sapa dlm hidup dia...sapa...

terus diam dan senyap..
sampai bila...
sampai tahap kesabaran aku ke maksima......

Wednesday, December 17, 2008

Aqiqah dan cukur jambul


mak tok ngan Diha


ummi, abah n diha


Diha dgn mulut muncung dia...

Sabtu lepas tanggal 13 Disember 2008, pak mentua ku mengadakan kenduri untuk cukur jambul dan aqiqah Diha dan Adam (anak sedaraku). Alhamdulillah, majlis berjalan ngan lancar dan suksess..

Keistimewaan Wanita

Keistimewaan Wanita

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungihatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, December 10, 2008

L.O.V.E n L.I.F.E

Tak tahu nak tulis ape..
tapi nk tulis sesuatu..aper tuh???aduhai..
entahla...

aku gembira dgn hidup ni..
tapi aku rasa ader sikit kekurangan...
aku nak keje tetap...aku nak jadi anak yang baik, anak yang membanggakan ibu aku...
aku nak jadik isteri yang solehah dan ibu diha yang penyayang....pendek kata aku nak jadik yang terbaik untuk semua orang di sekeliling ku...
tapi seharusnya aku bersyukur kerana aku dikurniakan suami yang penyayang, caring dan cukup bersabar dgn aku....dan hidup bersederhana..ye aku harus sabar dalam mengejar cita2 aku...

ader orang lagik susah dari aku
ader orang lagik malang dari aku
aku harus bersyukur dgn limpahan rezeki dan takdir yang Tuhan beri pada aku....

abang,
I love u so much n tima kasih kerana banyak bersabar dgn orang...
semoga tuhan panjangkan jodoh kiter sampai ke syurga...
takde abang, tak tahu nak bergantung kat siapa.....

mak,
kasih sayangmu tak akan ku lupa
aku tak tahu mcmaner hidup aku kalo mak takde...
walau aku selalu lawan mak aku
tapi aku sayang sangattt kat mak.....

Friday, December 5, 2008

Akhirnya.......






Assalammualaikum.....

Alhamdulillah, sumenye berjalan dgn lancar...akhirnya pada tarikh 20 Nov 2008 tepat jam 12.10 pm aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ain Nur Madihah.
Termakbul jua doa ku untuk mendambakan seorang anak perempuan buat suami tercinta dan mak tersayang (cucu sumer lelaki, haruslah kali ni perempuan kan)...heheheh

Tetapi betullah kata orang, sakit tuh lama tapi bila tengok anak keluar je..hilang terus sakit2 yang bagai nak rak tuh...Tuhan je yang tahu kesakitan tuh mcmaner..tapi ituhla miracle dari Tuhan....aku bersyukur ke atasNya dengan limpah rezeki yang dikurniakan buat kami sekeluarga...

Semoga kelahiran Diha membuka pintu rezeki dan kebahagian buat kami suami isteri...Aminnnn...

jenguk2