Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Sunday, December 20, 2009

H-A-R-G-A-i

Perlu ke aku rasa tak dihargai....
Erm sebab bile mane2 farewell kawan2 mesti mcm havoc..
Bile aku yang nak pergi...
Macam takde aper2 plan pun dari dorang....tak rasa havoc pun...
Perlu ke aku yang plan tuk farewell diri aku...kesian kan...
Entahla...
Samada aku yang terlalu emosi atau apa2 jelah...
Bosan......

Saturday, December 19, 2009

Takde Tajuk

ha bosan..tgh menghitung hari nak abihkan sisa kehidupan kat sini..sangat bosan....erkkkk

anyway, sebab letak takde tajuk sebab tak tahu nak eltak tajuk aper dah..hahaha....

ok, sajer nak letak gambar2 ni....daaaa



diha disebalik LV...:)


Diha @ putrajaya....suke amik gmabar skang...


diha with big eyes...love ya!

diha @ nandos....

all pic taken by mr.hubby..great pix..xoxo

ELLISA MJ

Sunday, December 13, 2009

Counting The Days...

Actually aku malas nak catat citer pasal my boss about my resignation... but i have to..biarlah ianya jadi sejarah terakhir dalam hidup aku..pas ni, aku berdoa semoga aku ditemukan dengan bos yang tak tegas cam tuh...ye, mmg adatlah kalo boss tu garang n very strict..tapi sebab sifatnya mcam tuh, buat aku tercekik dengan karenahnya....patutla selepas MYES aku mmg takde hati nak ikut dia gi maner2...dia nak marked aku ke hape ke...aku dah tak kesah dah.....suddenly, Tuhan tuh masih bagi aku peluang lagi tuk kerja ke tempat lain, aku bersyukur sangat2 sebab akhirnya dan x sangka aku akan tinggakan alam pelancongan ini....syukur tka terhingga....aku terkeluar dari jerat ini...

Mungkin ini dah takdir buat aku, aku dah 3 kali mintak UTM ni dan akhirnya aku berjaya. At first application, aku dapat gi intebiu on the 1st day keje ngn tourism..ingat lagi but aku terpaksa tolak sebab baru je lapor diri hari tuh jugak..so melepas la aku...then the 2nd one is when 8 months pregnancy, dapat gi intebiu tapi tak berjaya...dan akhirnya this year, pas pantang dan naik kerja, aku apply for the 3rd application, i went for the interview..berharap kali ni aku dapat dan aku syukur...mlm tuh aku buat semayang hajat, amik tips dari yana and thanks for it sis...ur tips very useful....alhamdulillah

begini kisah nya,

me: assalammualaikum..
her: walaikumsalam, masukla..nape?nak letak jawatan ker?

pergh masa ni aku dah mcm menyirap minum air sirap....

her: dapat maner?
me: UTM as pen akauntan gred W27.
her: hurm..ok..what can i say..congrats.....sebab kalo u stay pun, tak tahu biler dapat tetap..anyway, about others yang 4 orang tuh pun x th aper berita..

aku pun ngan peramahnya
me: ohh..pasal dorang?tadik nampak cam ader surat sambung iorang kot..but not so sure la what is all about...
time ni dia dah meroyan dah..call saner sini....dgn aku2 sekali kene marah..WTF??!!tetibe aku masuk dalam babak drama ini...tp aku thau kepala dia ngah semak, sebab bukan setakat aku sorang yg quit..ader lagik sorang..so means the 2 of us mmg quit..and hope, all the contracts workers get quitting quickly, so biar minah lampir ni menggelabah..aku suker...hahahahahhaha..

ader la a few questions lagik aku argue ngn n mls plak nak type kat sini sebab buat sakit hati....dan conclusion nye, aku nampak selama ni dia ingat aku ni cam budak sambilan gak walhal aku kontrak tapi hak aku sama mcm orang tetap ok...jgnla ko nak perkecilkan diri orang lain kalo ko rasa diri ko tuh besar dari PenciptaNya..bukak la mata ko tuh sebab ko pun pernah berada di tahap bawah, janganla ko ingat ko tuh dah lama kerja, diri ko tuh bagus...kekadang bila kiter meltakkan diri kiter di tahap yang terlalu tinggi secara otomatik ko lupe orang kat bawah ko....dan disitulah timbulnya riak dan takbur....sampai ko lupe siapa Penciptanya.....

Aku berharap satu hAri ni, jika diberi peluan berada ditahap yang atas..aku mohon kepada-Nya, jauhkanlah aku dari sikap2 keji ini...aku mahu jadik manusia yang terbaik buat ibu ku, suamiku dan anak2ku......

Aku berjanji untuk bekerja lebih kuat dan lebih baik lepas ni......insha Allah.....

p/s: have another 8 days to settle down..tak sabar rasanye......

Ellisa MJ

Tuesday, December 8, 2009

Thank God!!

Alhamdulillah...starting from today, i have another 10 days to end my life with Tourism..then i have another week to get rest at home just do nothing before i move to a new workplace....Thanks God, finally He show me the way of happiness, aminnn....

A day before got a letter from UTM, im struggling to get a new job, went to PPDJB for GSTT, asked my friends if there's any vacancy at their place....and FINALLY, a letter that im waiting anxiously is coming at the right time..syukur pada ALLAh..he answer my prayers...alhamdulillah...

The annoying time and annoying people will be end..im so release...whatever circumstances after this, i will face it..meREDHAkan aje....i promise to myself that i will do my work in my level best...on the 4th December is just like a miracle for me & shahir after we went a very difficult time with full of tears & full of stress.. Alhamdulillah, He answers my prayers and show me the way that im looking for..Thanks Tuhan...

Also on the 4th december, i have tender my notice to HQ but to my Boss on the next monday...i will update about it later..kay, GTG...bye.....

Saturday, November 21, 2009

Selamat Ulang Tahun ke - 1 Sayang


Fuh sekejab je Diha da setahun!

Rasa macam baru bersalin kan Diha semalam kul 12.05 tghri....Alhamdulillah, aku masih bernafas dan masih bernyawa untuk melihat anakku membesar.Semoga aku diberi nafas lagi tuk melihat dia berjaya pada masa hadapan..Terima kasih Ya Tuhan!Aku bersyukur kepada-Mu.

Semalam abahnya dah tempah kek awal dah..plan nak sambut tghari kat SDS Bukit Kempas, last minute call, kene panggil datang opis..ish sebak tak terkata dan sangat sedeh sebab ganggu time aku cuti..tak suker la...actually banyak mende berlaku last few weeks but tak sempat nak update ape2..cos im too busy pegi sane sini, sibuk dengan launching M-YES (jadik assistant project officer je). but again, aku keje luar dari pejabat, so i get difficulty untuk ke opis setiap kali kene gi opis..aku benci dengan keje ni dan aku rasa mcm nak benti je..betul dan aku berniat nak benti when i got another job yang lagik menguntungkan dan lebih menghargai aku....

Semalam we were decided to bring Diha tuk celebrate at TGIF...saje ke sana since kitorang pun dah lamer gak tak mkn saner...best sebab ader menu baru so tak la boring asik nak makan cajun spaghetti atau mkn mac cheese je...so diha pun makan gak, of course bagi dia clam chowder..dia terpegun sebab ramai sangat orang kat sana then all the staff nyanyikan lagu Happy Birthday...hehehhe..im happy for u, dear..dulu umi takde pun orang nak celebrate, mak tok bukan ingat pun tarikh besday anak-anak dia...takpe, from this now, we will celebrate any happy day ok!ummi and abah sayang diha so much...present nanti k, tgh decide nak beli aper ni..since diha dah nak pandai jalan, so kene beli yang sesuai la kan..tungguuuu!!!

teringat lagi waktu2 nak bersalin kan diha...kul 8.30 dah bukak 4cm, pukul 11.00 dah bukak 7cm..mak aii seramnye..time nilah kene maki hamun dengan nurse dan doktor kat labour room...and Alhamdulillah Diha selamat dilahirkan dengan kaedah normal tapi kene vacuum.....dan sekarang Diha la permata ummi ngn abah..diha comel skang sebab dah pandai cakap 'german' hahhaha...sibuk orang berbual sibuk dia nak bercakap gak..dan Diha pun baik kalo kat rumah orang tak mcam kat rumah sendirik asik ngarok je..terima kasih Diha sebab tak susahkan ummi ngn abah..Semoga Diha jadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup.....Banggakan Ummi ngn abah ok........MMMuahhhh....sayang diha...

Tuesday, October 27, 2009

Semoga Tuhan Makbulkan...

Semoga Tuhan makbulkan doa ku...

Esok penentu masa depanku..aku berharap kali ni menjadi..Semoga doa aku diterima Tuhan dan dimakbulkan Tuhan demi masa depan kami sekeluarga..

Aminn


Monday, October 26, 2009

Muliakah aku?

KEMULIAAN ISTERI DI DALAM ISLAM

1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka dia memperoleh pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah s.w.t dan menjaga adab rumah tangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu daripada suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yaqut.
3. Wanita yang menjaga solatnya, puasa, dan taat kepada suami, Allah s.w.t izinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia sukai.
4. Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia mendapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yang meninggal dengan keredaan suaminya akan masuk syurga.
6. Jika suami mengajar isterinya satu masalah agama, akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
7. Isteri yang memandang suami dengan kasih sayang dan suami yang memandang isteri, juga dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t memandang dengan penuh rahmat.
8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan, tetapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat separuh pahala jihad.


Semoga aku dikurniakan sifat2 seperti di ats dan kekal selamanya..amiinnnn

Friday, October 23, 2009

Fenomena

Susah kalo duduk bersama
Tapi x berckp
Apatah lg kalo satu perkataan keluar
Sudah dianggap tidak sopan
Aku fhm situasi itu
Dan aku terhimpit dgn keadaan mcm tuh
Aku pun jadi serba salah
Berdiam diri atau bercakap perkara yang sepatutnya
Bimbang aku dikatakan berat sebelah

Akhirnya, aku bingung dan tak tahu nak buat apa..
Aku redha semoga Tuhan bagi Kekuatan buat aku dan suamiku

ELLISA MJ

Thursday, October 22, 2009

Takde Tajuk

Sakit hati kalo kita disuruh buat keje yang kita rasa tak mampu nak buat sebab aku jauh dari doirang bukand ekat pun
Kalau dekat boleh diskas boleh mesyuarah..tapi nikan jauh
Susah kalo orans sumer jenis tak reti nak paham..
Macamaner nak buat dorang ni paham..
nak kata dah tinggi jawatan patut makin pandai..ni mcm makin bongok..

Mintak2 satu hari nanti bila aku tinggi jawatan aku tak sebongok dan sebangang orang-orang itu..
maafkan aku kalo keterlaluan dan yang pasti aku meluat dengan semua ini...

adios!

ELLISA MJ.

Tuesday, October 20, 2009

beza kan??

Kekadang macam nak tulis sesuatu tapi takde idea atau nak karang citer tapi tak reti nak express dgn word..

Apapun, currently aku mmg terasa berat badan dah naik mealmpau dan mendadak...salah satu cara aku cube untuk maintain adalah jogging dan cuba tak makan nasi serta tak makan malam..i have to..aduh rasa menyesal tak jaga badan bila dah turun berat badan lepas bersalin tuh..ish menyesal sungguh..hopefully misi aku kali ni berjaya dengan cara spt berikut :-
* jogging
* no fast food
* mkn lauk bening
* no nasi
* puasa

Menu hari ini:-
*pagi -soto makroni
*tghr - yong tau fu
* mlm - no food but epal

Gambar perbezaan diriku..*uwek



hahha ni gmabar yang agak kurus selepas pantang



ni gambar diha 10 bulan....gemuk kan..adoii...sila lempang diri sendiri...huhuh

Wednesday, October 14, 2009

New blog

Now my blog from hatikasih.blogspot.com has been moved to lifesoulheartlove.blogspot.com for more new outlook..

Cheers!!!

ELLISA MJ

Wednesday, September 30, 2009

Macam2

aku notice lately ni aku terlalu sensitip teruatama pada kawan2..
kenapa kan..
hati runsing...
solat pun lobang2..
bilerlah nak tobat..
aku takut...

tahun depan sumer ramai2 gi ke sana
aku nak ikut sama tapi ada anak kecik
nntla aku pegi sekeluarga next year lagik satu
mungkin dah cukup simpanan
harap aku leh perbaiki diri aku lagi

hutang
tengah cuba abiskan hutang
hutang ngan ptptn lagi
tak nak tambah hutang lagi
nnt berjela pening kepala..

ok
petang nak gi spore
ader open house
bye

ELLISATHUL MD JADIN

Tuesday, September 29, 2009

Sunday, September 27, 2009

Happy Bufday to me!!

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Ok, aku dah merangkak masuk ke 28 tahun..but its just a number..heheh..tapi sekurang2nya aku perlu ubah aper yang kurang dalam hidup ini dari segi amalan, perangai dan yang sewaktu dengannya.kebetulan bufday jatuh hari raya ke 4..so masih dlm mood raya..erm, celebrate pun sonok gak..cos en sahir petang balik keje dah beli kek..(selalu cam tuh, tak surprise)..huhuh..
Alkisahnya, dia brek emergency, kek tuh dah senget dari kedudukan asal..takpelah janji dia ingat besday aku.so kitorang plan nak sambut tgh malam...aku tertido lepas tidokan diha, dia kejut soh tipu lilin dgn mamai2 aku pun ke dapur..so terharu gak, dia dah siap buatkan air sarsi ngna pasang lilin kat kek..thank u, my dear....mmuahhh...walaupun celebrate tanpa diha di sisi...dia dah tido time tuh....diha, u missed that moments so much tauu...
Hadiah??erm dapatla hp baru dari en sahir sehari sebelum raya..alhamdulillah termakbul gak impian ku..sebab hp SE tuh dah takde sore dah asik vibrate je..tima kasih bagi idea tuk beli hp tuh...plus new phone number...


~~happy birthday to me~~


~~for him n for her~~


~~ 2 air sarsi(cwn pn yati bg) & kek yang lari dari kedudukan asal~~


~~wowowowo~~

ELLISATHUL MD JADIN


Sunday, September 13, 2009

::gelagat ::


Lets the pic tells the story..12/09/2009,Surau Ikea Tampines, Singapore



sgt excited tgk diri sendiri


cium diri sendiri di cermin..


ni pun sama..berbual dgn diri sendiri kat cermin


ummi, belikan diha cermin besar camni...diha shuke...
hihihihihih

Wednesday, September 2, 2009

DIHA 9 Months old, 35 days

Skang ni diha sudah mencapai tahap yang membanggakan..chewah..dia sangat suke jerit2 satu rumah....dah pandai tutup bukak pintu bilik..pandai mengemas laci miliknya dan akhirnya ummi yang kemas balik...kemudian, dia dah pandai menyelar ke depan dan belakang, dah pandai berdiri dari tempat duduk dia a.k.a kerusi buluh.....dan dah pandai duduk..yehaa....dan juga sudah bergigi empat..check it out!


sekian terima kasih

Ellisathul Md Jadin

Wednesday, August 26, 2009

::Ramadhan datang lagi::

Alhamdulillah, dah ke-5 hari kiter berpuasa..syukur aku dapat tempuhi nye dengan sabar walaupun dgn perut berkeroncong...hehehhe..leks2...

Puasa kali ni berbeza sket berbanding tahun lepas..tahun lepas, aku berpuasa dengan perut ku mengandongkan diha 7 bulan...dan aku ponteng puasa 6 hr sebab terlalu kepenatan...dalam masa yang sama bulan tu jugak aku busy ngan program midnite sale sepanjang satu bulan tuh..aku tempuhi nyer dengan tabah dan tawakal..mas atuh Tuhan je tahu ketabahan aku mcamaner..aku redha aper orang buat kat aku dan aku yakin aku boleh lakukan dan alhamdulillah aku berjaya dan suksess..

Tahun lepas jugak aku berpuasa dan beraya dengan suami untuk kali pertama dan aku sedang mengandungkan anak pertama kami..erm ari2 nak makan popiah SS Ali ngan cikong panas..dua-dua tuh juadah wajib buat aku dan juga mesti ada bubur lambuk...wah bestnye...nyum2..pastuh suke bile pas buke ajak sahir gi angsana mkn piza plak..ahahahha..mmg keje makan jelah aku amsa tuh..mcm la cik diha skang nih..pantang tgk orang mkn, dia mesti nak jugak..anak ummi mmg suke mkn..bagus dan hebat!!eheheh

Tahun ni plak, first time kami beraya bertiga dan Diha pun bakal menginjak ke 10 bulan masa raya nnt..aper la kaedahnye lagik nnt si Diha nih..skang dia 9 bulan dah angkat bontot nak merangkak dan suker menjerit2 skang...heheheh..ok tema raya tahun ni adlaah Hitam, dan itu dalah pilihan abahnya dan seluruh kaum Pak Hj Asmari akan memakai kaler hitam..harapan leh namapk kurus la...ahahhahaha...

Aku berharap raya tahun ni lebih seronok dan lebih bermakna dengan adanya cahaya mata pertama kami ni...we love u Diha!

Ellisathul Md Jadin

Sunday, August 23, 2009

Yang Pergi Tetap Pergi...

Hari ni merupakan 2 Ramadhan bermakna sudah 2 hari kiter berpuasa...Alhamdulillah...
Dan aku dikejutkan satu berita yang bahawa Uncle Malek (husbnd mak long) meninggal dunia tepat jam 12 lebih tadik..aduh, aku terdiam seketika bila dpt berita mengejut tu..Aku benar2 tak percaya uncle pergi buat selama-lamanya..aku sempat berjumpa dgn dia hari kamis lepas..dia mmg diam jer skang lately ni but yelah ingatkan dia biasa2 aje..tapi kiter sebagai manusia mmg tak perasan sumer itu melainkan orang2 yang hampir saja dengan Allah akan merasainya..beliau telah diserang angin ahmar is about 2 month plus before, n dah beransur pulih dan sudah sihat seperti sedia kala but ajal tuh ditangan Tuhan, dan Tuhan amat menyayanginya lalu memanggilnya untuk kembali ke sisiNya..Mmg lately ni byk terdengar orang meninggal dunia mengejut kan??(betul tak yati?hari tuh br diskuss mende ni)
Kita camne pulak??bila2 masa saje Allah boleh mencabut nyawa kita, di mana saja..haruslah amalan dipertambahkan lagik, dosa dikurangi....Al-Fatihah

Saturday, August 15, 2009

~~pasti RINDU~~

AWAy..isnin hingga rabu (17-19) akan ke KL menghadiri Bengkel Train for Trainer (kelas tarian ok untuk Cuti-cuti 1 Malaysia) kat KL...last minit call setelah sumer tolak tak nak pergi sebab takder budget...wthbjskskl..aku pun tgh bulan nih so paham2 jelah..tapi wat to do..have to..best gak..belajar menari setelah lama tinggalkan bidang nih..last menari masa kat sekolah dulu..form 4 ke form 5 ..tak ingat dah...lama giler dah..keras dah aku..bertambah lagik dengan weight aku yang 'ringan' nih...hahhahahah

Erm 1st thing, aku pasti rindu ngna diha..for sure..aduh...camner ni..masa type ni pun dah sebak...aku still bf dia..tuh yg rasa terkilan dengan jawapan my colleague, dia suh aku stop bf my baby...gile aper..ko x tetekkan anak ko, leh ar ko ckp cam tuh...sedey ngna manusia yang tak phm atau tak amik peduli masalah org, janji dia lepas...takpe2..ni pun gi belajar menari, janji pas kelas menari tuh, cepat2 kejar flight ptg tuh...aku nk cepat blk rumah..kangen ngna diha dan abahnya...hehehe

erm arituh br cakap2 ngan yanti, lama tak gi KLCC..pas ni leh jalan2 gi klcc kalo sempatlah...takde kawan ar kat saner..tuh yg boring...huhuhuh..kawan2 ader..but sumer dah lama tka jupe..might be they are busy with their work..lagipun working day..of course la kan....

oklah..i wil update later what i've done there...daa....

1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (poyonye aku!)

Ellisathul Md Jadin

Friday, August 7, 2009

~~mak takde~~

Mak takde sejak hari rabu lepas..dan dia pi cuti ke Acheh for 3 days..so tinggal aku ngan diha jer kat rumah...ohoh..sgt kelakar dan kelam kabut...

::day 1::
kelam kabut gak..pepagi dah bgn dikejutkan oleh mak bgth mak delay flight..kul 1.30pm br flight berlepas ..erm ok..kesian mak aku n d gang terpaksa menunggu flight tghr nnt.ok kene bgn dan mulakan kerja sebelum en sahir gi keje..bgn bsh berak diha, capai penyapu, sapu satu rumah..peh peluh rasa...then bsh toilet..diha plak nk mkn..ok fine...then terus tido kan dia...erm diha ni ader satu tebiat, kalo ummi dia ader rumah dia tido 1 jam setengah je..kalo ngn mak tok dia, wah 3 jam pun leh tido..geram2...ok then msk bubur dia 2x sebab yg 1st tuh ter'hangus'..hahahha..msk lagik sekali..wtfkkk...then goreng nasi je..senang mkn tuk sorang kan..then mengemas dapur tak habis2 aduh kenapa la tetibe rasa lambat masa berlalu.....pikir2 nak masak aper plak, ok tny en sahir dia kata tak kisah dan aku suggest kan masak bawal sweet sour n dia kata ok...orait..siap kuwarkan ikan supaya ikan yang beku dapat dinyahbekukan..then, petang pn yati janji nk datang...nsb baik datang, kalo tak, tak nak beli tudung awak tau!!!ehehhe..dpaatlah rembat selai..nnt bawak lagik eh...so, malam berakhirnya cerita satu hari tanpa mak tapi bersama diha yang suke jerit2...


sembur2 semasa ku menyanyikan lagu ba ba black sheep




'my pouty mouth', says diha..chett


diha setelah kekenyangan..hurmm

::day 2::
pepagi antar en sahir dan terus ke opis bawak diha dan antar claim..huhu lama gak kat opis smpi diha lunyai digentel oleh dak opis....chet..but i can see diha had fun with it...ok then balik rumah diha terus tido dalam buaiannya...kepenatan agaknye..hehehhe..baru lah aku nyapu satu rumah ..again...tokleh ar semak mata tgk abuk2 bersepahan di lantai..then msk bubur diha n buat aper yang patut..arini en sahir kata takyah masak mkn luar..yahoo..aku suke..then byk masa arini lepak ngna diha jer...layan jela...biler lagik nk spend time together...after this, i will missed the precious time so much....petang2 amik en sahir pi setia tropika then pi mkn kat piza...Diha sgt suke n it was her fav place ever..cos dia sangat peramah dengan sumer waiter kat pizza hut setia tropika tuh...ok dan seperti smlm, malam kedua habis seperti biasa...

@ Setia Tropika

l-r : diha tgk org sebalah main buai..dia sangat suke

::day 3::
same as day 1, bgn pepagi sapu satu rumah, bsh bilik ari dan basuh baju..plan nk masak tghri..ayam msk kicap..1st time msk lauk tu..hentam jer dan menjadik..ahaks...2 kali mkn beb...hahahah..diha sgt hepi dan dia sudah merayap sampai ke dapur..aku br paham perangai anak aku ni, dia sgt takut kene tinggal sorang2 dan dia akan menjerit kalo takder org depan mata dia..aduh diha, susah mcm ni ummi nak wat keje..nk kene ngadap muke dia jek satu hari..then dia sgt hepi bile suap mkn dan dia akan tepuk tangan dan goyangkan kaki kalo dia kenyang...sweet kan...huhuh...petang mak akan sampai kat lcct so that's mean mlm ni kene amik mak kat kg melayu then we all plan to see a movie tonite..SETEM..ptg siap2 terus shoot pi tgk movie..diha tido dalam cinema but half way dia da bgn so dia emrengek2 bg mkn, terus senyap..tuhla diha dia pun nonton sama citer tuh ...best ke citer setem tuh..??sgt best dan kelakar sampai pecah perut tapi tak sampai tahap barai lagik ar..but best dapat menghiburkan hati yang bosan nih...heheh then we all diner kat SR..diha pun sgt hepi...terus balik umah kg melayu amik mak yg sampai kul 1 am..penat dan ngantuk lalu tido..zzzz...



@ Secret Recipe, CS







Ellisathul Md Jadin

::MErsinG::

Last month, aku ke Mersing..have been to Pulau Rawa n Pulau besar..Walla lah pulau dia..sgt cantek..especially Pulau Rawa..

yezza!!

Erm Pulau Rawa is owned by Royal families n i've met them..they are so low profile n bangga la dapat naikkan produk pelancongan dengan jayanyer sebab sumer guest nyer adalah mat saleh dan minah saleh yg datang dari seluruh pelusuk dunia..but dia nyer room price, mak aiiii mahal nak mampos..paling mahal rm1800 per nite ok..but the paling murah is 400++ per nite ok...but the room is so nice...i've plan with hubby to be there next year meraikan kaminyer anniversary, insha allah kalo panjang umur dan dimurahkan rzk..saje nk ajak pi pulau since hubby pun leh amik2 gambar dengan bermodelkan kami (saya dan diha)..uh pasti sonok sebab diha pada waktu tuh mesti dah pandai berjalan nk main2 laut sendirik..seronoknyer....erm keadaan pasir putih yang halus telus tuh dengan ikan di shallow...ader slide kat jeti..erm menggambarkan seronok sgt...air yang biru..wow!!!(kena bawak face mask dan wet suit nih)...bajet nk dive la..poyo jer...hahhahaha

jz look at behind me...just amaze!!


ader ikan tu kat situ..kat shallow jer..best...


gempak kan slide dia..anak mat saleh ni beriang ria main slide..


ok, pernah baca tak satu keratan akhbar kat metro pasal ekspedisi robinson kat johor(yang bogel tuh)..erm ok aku ke pulau besar di mana di pulau itulah lokasi penggambaran utk ekspedisi robinson nih..but jgn salah faham, yang dorang bogel tuh still kat mainland (mersing) bukan kat pulau..erm by the way, pulaunyer pun cantik dan ader 4 resort jer kat saner..tempat nyer cantek but tokleh lawan pulau rawa la yang terlalu amazing tempatnyer...it tooks about 20 mins away from mersing jetty....n harga biliknyer pun berpatutan....erm best gak kat sini...check it out!!!

D'coconut resort



mat saleh ngn minah saleh kat sini sajer je lepak..mmg chill!

ni jeti pulau besar..(maaf takde pix sendrik cos takder org nk amikkan..ngee)
ehsan dari gi product update bersama exco johor n adun johor..layannnn...

Ellisathul Md Jadin

Tuesday, August 4, 2009

~~Cabaran demi Cabaran~~

Tahap tak tahu lagik nk tulis aper kat entry, just having some fun with all these(tgk bawah ni)..hahaha..have fun

"Cabaran langsingkah daku"

1.
Berapa berat dan ketinggian anda sekarang?

hahha..baru 152cm..pendek kan...uh tapi pernah berangan nak jadi stewardess...wekkk

2. Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? usia anda pada masa itu?
biler pakai heel myb sampai lah 155cm..start keje br pakai heels so of course la w

3.
Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? Dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
erm pernah dulu cube escape lunch n it works but just about 2 months then gigil tak dapat nasi..oh tidak...

4.
Berat paling rendah yang pernah anda dapat? Usia anda pada ketika itu?
erm 46-48kg when i was in form 4 if not mistaken..masa tuh mmg kurus la..aku nk kurus cam tuh..tolongggg!!!syhhh

5.
Anda pernah sertai program pelangsingan? Nyatakan kejayaan anda?

Pernah, tapi malas nk ikut plan diorang rasa terseksa diri dan dapatlah turun sebanyak 2-3 kg jer..sket jer kan membazir jer but now i just only use losyen mustajab n it works tp tak nmpk sgt but empunya diri leh rasa la..*wink*

6
.Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda yang paling terendah?
Broken heart with someone that i loved so much but it was my past.tak ingat dah...tapi suke sebab dapat kurus....but someone i loved so much now yg saya ingat bukan yg lepas ok...

7.
Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?

hurm bahagia mungkin dan mengandung...makan tak hengat donia..makan itu syurga ok!

8.
Apakah target anda untuk kurus selepas ini?
When all the people around me says im eating so much n compare myself after confinement day that me looks very thin n different..huhhh posa dan posa ye lepas ni...will makes u looks young n fresh!

9
.Miliki gambar anda dahulu dan kini?
of course

10.
Sila upload ok?
nnt la dipikirkan...gambar ngandung boleh..tuh tgh kembang semangkuk..hahahah..will upload later

i love to tag : yati, keary, aishah (sila invite saya ke blog awak ye!), suraya n whoever like this entry...

Ellisathul Md Jadin

Thursday, July 30, 2009

~~Fakta Kehamilan~~


Kehamilan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan apabila ia berlaku, tubuh mula berubah untuk menyesuaikan diri terhadapnya.

Semasa kehamilan, hormon seks kamu bertindak bersama untuk membolehkan semua perubahan ini berlaku. Berikut merupakan perubahan yang akan dialami oleh tubuh kamu apabila kamu hamil:

  • Uterus semakin mengembang apabila bayi membesar dan ini menyebabkan wanita mengandung mempunyai perut yang membulat besar.
  • Bahagian bawah uterus yang dipanggil serviks semakin lembut.
  • Vagina kamu berubah warna dari merah jambu ke kebiru-biruan.
  • Payu dara kamu mula membengkak dan membesar kerana ia mula menghasilkan susu!
  • Buah pinggang yang menghasilkan air kencing juga membesar. Wanita hamil kencing dengan lebih kerap dan mudah mendapat jangkitan salur air kencing.
  • Berat badan kamu bertambah sepanjang kehamilan.

S: Bilakah kehamilan mula berlaku?
J: Semasa persetubuhan atau perhubungan seks, sperma dari lelaki akan dipancutkan ke dalam saluran vagina. Kehamilan berlaku apabila seorang wanita itu subur ketika bersetubuh. Ini bermakna yang dia telah mengovum atau membebaskan telur dari ovari pada masa tersebut. Sel telur ini melalui tiub fallopio sambil menunggu persenyawaan berlaku. Persenyawaan berlaku apabila bahagian tengah sperma dan telur yang dipanggil nukleus bersatu. Penyatuan sperma dan telur ini menandakan fasa awal kehamilan. Bunyinya macam lebih mudah jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya berlaku, bukan? Bahan kimia yang dibebaskan dari otak dan organ seks juga membantu kehamilan berlaku.

S: Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang mengovum?
J: Sebenarnya, bukannya mudah untuk mengetahuinya. Sesetengah wanita mungkin merasa kesakitan seperti kejang otot. Kamu juga mungkin mendapati lelehan kamu lebih pekat dan berkrim ketika waktu ini. Lelehan itu juga mungkin boleh diregangkan. Cubalah uji dengan memegang mukus itu antara dua jari. Sekiranya kamu tidak bersedia untuk hamil, kamu hendaklah lebih berhati-hati semasa tempoh ini. Pastikan kawasan vagina kering dan bersih untuk mengelakkan jangkitan. Gunakan panty liner untuk kekal segar dan bersih.

S: Bilakah wanita itu tidak subur?
J: Kamu menjadi tidak subur apabila kamu tidak mengovum. Ini bermakna ovari kamu belum lagi membebaskan sebarang telur ke dalam tubuh kamu. Inilah masanya yang menunjukkan pengakhiran kitaran haid kamu. Ini biasanya merupakan “tempoh kering” di mana tidak banyak lelehan yang akan keluar.

S: Bagaimana nak tahu yang seseorang itu dah hamil?
J: Apabila haid kamu lewat dalam masa seminggu atau dua minggu dan kamu pula aktif secara seksual, ia mungkin menunjukkan yang kamu dah hamil. Kamu juga mungkin mula muntah pada waktu pagi atau lebih sensitif. Kamu boleh membeli kit kehamilan dari farmasi untuk mengujinya. Ujian yang positif selalunya menunjukkan yang kamu hamil. Bila ini berlaku dan kamu tidak bersedia, jangan panik! Dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk membantu kamu melaluinya. Atau, dapatkan bantuan daripada doktor kamu. Kamu memang memerlukan nasihat dan panduan semasa waktu ini.

notakaki:i really miss my belly

Ellisathul Md Jadin

Tuesday, July 21, 2009

.8 Bulan.



semalam genap diha 8 bulan..emm dia semakin ligat bergolek2..duduk belum kuat lagik...tapi dia sudah pandai memanggil2 ummi dan abah kalo kitorang tak layan dia..hehhe..so sweet...tak sangka diha dah 8 bulan dah..dah besar dan semakin byk ragam n ligat dia....



semalam juga tumbuh gigi ketiganyer (belah atas), sgt kiut..dia tunjuk(nganga mulut) kat mak toknye....rupanyer lately ni meragam sebab nak tumbuh gigi...dan 8 bulan juga aku dah period..setelah setahun lebih aku tak period dan akhirnya membuktikan aku tidak mengandung dan kembali ke normal..yeehaa!!!!dan kene lebih berhati2 le lepas ni yer..hehehhe..

Monday, July 13, 2009

HUpdate!!

ader byk menda nak hupdate..esapecially about my outstation last week..penat tau...nnt aku update lagik..cos i will depends on my blog about my journey of my life..daaa.....

Monday, June 29, 2009

PEtua

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Image removed by sender. Image removed by sender.

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji
antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti
masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap
mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh
kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah
boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa
diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips
Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu
Mengandung dan Panduan
Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu
pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing
dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas,
menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan
orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat
yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta
dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat
yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang
antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas
baran suami
.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah.


Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab
terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang
kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada
tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Sunday, June 28, 2009

Kalaulah....

Jam di laptop aku ni menunjukkan jam 3.37 pagi....hu aku tokleh tido since kul 1.15 tadik...tak tahu kenapa..byk mende pikir..actually, aku baru baik demam since last thursday, 2 hari demam, dan alhamdulillah hari ni dah ok...at first, en sahir yang kene demam, jangkit pada aku dan skang diha pulak demam, aduh risau betul..tokleh tido memikirkannya...kekadang terpikir kan pengorbanan seorang ibu ni lebih besar dari pengorbanan seorang ayah..kenapa aku cakap cam tuh? em sebab kalo bapaknyer demam, kiter yang jaga,anak pun kiter yang jaga tapi biler kiter demam, anak pun kiter jaga, bapaknyer sekadar tengok jer tak mampu nak buat sepertimana seorang ibu buat kepada anaknyer..kenapa ek?tak mampu ke ataupun tak tahu nak buat apa ataupun tak nak berusaha buat aper yang termampu...

erm pukul 3.15 pagi tadik, aku baru tersedar aku belum lagik semayang isyak..astaghfirullah aku semakin lupe kepadaNya, but it takes about 15 mins to wake up di mana suara hati yang jahat di bawah nun sana mengatakan 'tak payahlah semayang, ko kan ngantuk"..peh pada hakikatnya aku langsung tak rasa ngantuk, aku sangat segar...erm tapi ada suara hati lagik berbunyik ' eh , bangun2, ko tak leh tido sebab ko tak semayang isyak lagik, dari ko pikir2 yang bukan2 dgn nak cari pasal pe lagik, pi bgn amik air semayang pi doa bebanyak, bulan ni bulan Rejab dan bulan yang sgt diredhai oleh Allah selain syaban dan ramadhan'..lalu aku pun bgn..langsung terus membawa aku ke depan lappi ni untuk mencoret sedikit rasa untuk luahan walaupun tak sepenuhnya...

Tetibe tgh berkira2 nak bangun aku terpikir pasal mati..Ya Allah takutnye, aku belum bersedia lagik, aku belum cukup amalan tuk dibawa, aku jadi sgt takut...tak tahu kenapa, tapi kalaulah apa2 terjadik pada aku, aku harap abang aku dapat menjaga diha seperti anaknyer sendiri...argh..napa aku tulis cam tuh...aku pun tak tahu, kerana aku percaya abg aku lebih berpengalaman dalam hal ini...uh sedeynye, leks2 aku bukan buang tebiat ke aper ok..just a little note..but kalo boleh biarlah bapaknyer sendiri, tapi dalam keadaan mcm ni, aku ader sebab tersendiri kenapa aku buat sttmt cam gitu..heheheh..bkn aku tak percaya suamiku buleh bertanggungjawab tapi aku rasa he has his own path, dia seorang bapa yang boleh diharap, boleh bantu cuma kene perbaiki hal selain daripada yang aku sebutkan tadik..oh myb,we were just about one and half year of marriage, so i cant judge anything..people will cahnge someday maybe, but its true, it takes about 5 years in marriage to know each other very well...i have another 3 and half years to go..i hope that it will goes day by day with full of love and joyful among 3 of us...Aminn...

Sesungguhnya, aku sangat mencintai dan menyayangi suamiku sepenuh hati ku dan juga aku amat berbangga kerana aku dapat melahirkan zuriat nyer yang sangat comel dan sangat keletah serta cerdik..ummi sayang diha so much...suamiku tetap milikku yang telah tertulis diazali..dan semoga aku masih berpeluang melahirkan anak2 yang comel untuk suamiku..amin.....demi diha aku tetap terus bersemangat tak mudah goyah dan tak mudah beremosi, please Tuhan help me!Temukan aku kepada jalan yang diredhai oleh Mu, Ya Allah!aminnn...


p/s: entri ni agak emosi sket kerana aku berjaya menaip utk kesekian kalinya pada waktu awal pagi dan dapat menghabiskan pada 3.55 pagi..horray!Semoga Tuhan mendengar doaku tadik..aminnn...

Ellisathul Md Jadin

Sunday, June 21, 2009

~~:cerita minggu ini:~~

Ha..this week is full of joys, cheers, sadness...huhuh..this week, im working until thursday then off on friday , work on saturday n sunday and off on monday, start back to work on tuesday until thursday, n off again as normal as like before..what a boring??

And today, Sunday~21st June 2009~father's day..i would like to wish to my hubby who the only one closest to me right now, also to my brother away at Melaka and my FIL away in Banjaran, Kempas..ahha..dekat jer..tak jauh pun..I wish my late father will be right here beside me, accompany my mom, (sebak ni nak citer)..aduh..that's a lot of memories with my dad eventhough i had lived with him only 12 years time...i couldn't imagine if my dad is around me, would be much happier ever...also, my mom the only one who would be much happier than me...at least she has someone who accompany her wherever she wanna go..has someone who love her much more than us...we love u too, mak....i always feel jealousy to whom has dad, which he/she can rely on her dad so much..i wish i have my dad now....ok done..cukuplah citer sedey ni tak nak terbawak2 ..yang pergi tetap pergi...kiter yang hidup ni tetap teruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik..sometimes, i wish i cud be the special one to my mom so that she cudn't feel lonely or so whatever..i wish i can do it until my breath take away..God, hope that she's fine and always beside me wherever i was..i hope so........

Ok citer arini, i'm so bored and nothing to do except blog hopping, facebook~ing, window shop~ing from blog to another blog shop~ing...ok, then i watched a movie that has been downloaded from torrent..i love that movie so much..~~Confession Of Shopaholic~~..best2 sgt..i read this book when i was in UiTm..ingat lagi, I has borrowed the book from Nani(the twin of Jun)...argh best giler..then when im pregnant, i love to read the books from Sophie Kinsella (the writer of this shopaholic)..suke sgt..please, who is not watching this movie yet, pls do it..im sure u all will not regret on it..(ceh mcm ramai jer bc blog aku ni...ader aku kesah...akunyer blog suker aku ler..ngeh3x)




Ok then, tu ajer buat kali ini..sile drop any comment when u read it (gila paksa suh org letak komen,..hahahah~perasan)..ni sebenarnyer tgh takder idea dan sangat bosan..but hati terubat biler tgk ini cerita..best sgt..i love it! hope there will be another movie from Sophie Kinsella (shopaholic series)..till then, bye....

Ellisathul Md Jadin
(from now on, i wud love to do this signature on every entry i did..thanks..)

Tuesday, June 16, 2009

A Piece of Mind

SEMOGA BERMANAFAAT...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorangdari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhirhttp://mail.yimg.com/a/i/mesg/tsmileys2/21.gif

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Sunday, June 14, 2009

::just a pix::


Saja-saja upload sumer pix ni yg diambil dari friendster sebab dah lama tak bukak friendster, tgk2 balik gambar..semua gambar menyimpan seribu makna especially friendship aku ngan kengkawan..i missed this moment so much especially time remaja dan masih muda..hah!dah tua ke skang ni..age is just a number..whatever it is, we must enjoy our wonderful life that created for us....

And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.

~~Abraham Lincoln~~



last day @ Aur after graduation our open water diving license




yati-masih ingatkah gambar ini sms di ofis uda..sangat remaja muka kita kan...ngeh3x


ni masa dinner kat cruise danga bay~hitam kan saya sebab baru balik diving..hangus habih


gembira sarah..ye mmg kami happy sgt masa ni berbanding skang..

~~Ceritera Diha~~




Last Friday, i had seen something inside diha's mouth n yet i noticed that it was her baby teeth..how sweet, my baby got her first teeth at almost 7 month old though...im happy with that..Diha, Ummi bangga diha dah tumbuh gigi..ngehngeh..well, she is my 1st child..of course, i've got excited yang terlebih..no wonder, air liur dia selalu dok meleleh je n so often gigit barang even her abah's hands also nak gigit n makan...hahahha...diha pun skang dah mula mengundur n angkat bontot sket2..guling2 dah tak yah citer..so often dok guling2...she's so happy n she's started smiling when we tokleh kat dia..she's got stunning smile that i missed so much when im away at office..wish to be right her always....Love u Diha!!

jenguk2