Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu BPA Free akan diharamkan?

OK...PEMBETULAN..BOTOL SUSU BPA YANG DIHARAMKAN BUKAN BPA FREE DIHARAMKAN...HEHEHEHEH

Mak aii..br je beli satu botol susu AVENT tuk diha last 2 weeks, this week kata akan diharamkan tahun depan iaitu setahun dari sekarang sebelum dilancarkan pengharamannya.Ataupun diorang nak kata yang minum susu ibu lagik bagus dari susu botol..Cakap je terus terang..takyah nak berdalih2..dan sebgi seorang ibu pastila kita akan risau tentang effect aper yang diperkatakan seperti di bawah ini... Hope jauhkan dan lindungilah anak2ku dari sebarang bahaya ini..Aminnn


PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama

Macamana nak kenal botol Susu Polikarbonat Bisphenol A?? Senang saje, cari botol susu yang dilabel "BPA Free", kalu yang takde label "BPA Free" tu maknanya ada Bisphenol A la tu.



petikan : http://carca-marba.blogspot.com/2011/03/botol-susu-polikarbonat-bisphenol.html

Monday, March 14, 2011

Ayat Seribu Dinar

Pregnant kali ni, x byk dapat baca surah2 tertentu.so teringat ayat seribu dinar pun bagus jugak untuk diamalkan bukn shj sewaktu mengandung tapi untuk kehidupan seharian. teringat satu hamba Allah ni, masa interbiu beliau kerana menjadi seorang ibu kepada 11 orang anak dan semua anaknya berjaya. Salah satu amalan beliau adalah dengan mengamalkan bacaan ayat seribu dinar dan juga sepotong ayat Bismillah.. Berkat doa beliau, anak2 beliau semua berjaya. Antaranya menjadi doktor, peguam dan juga pensyarah dan anak2nya terkenal dengan kebijaksanaannya. Menurut beliau, dia pun tidak punya byk masa untuk membaca alQuran seharian tetapi beliau mengamalkan dengan membaca ayat dibawah dan amaln membaca bismillah setiap pagi dan setiap hari. Semoga berkat usaha ini juga, aku dapat melahirkan seorang khalifah Allah yang terulung dan bijaksana...Aminnn..


Ayat seribu dinar ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



kredit:http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

Monday, February 28, 2011

Marah ke nak nangis

Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa..

Benda yg kusangka mmg dh terjadi... Bley x delete dia atau block dia aku pun x add tau...

Sent from my iPhone

Wednesday, February 23, 2011

Full Of Surprise!!!

Yesterday was my Husband's Besday!! (22nd Feb 2011) and also our 3rd Anniversary!!!

Marathon 2 hari makan luar iaitu sebelum dan selepas...Hari Pertama kitorang balun Sushi King ....hermm..Hari yang sangat mengantuk buat aku..sebab hari sebelum tuh iaitu ahad...im craving for starbuck coffee..sekali en shuben beli Caramel MAcchiato yang cup besar aka venti...so habis satu cup aku minum..mlm terus tokleh tido..dan hanya tido pada pukul 4.30 pagi hingga 6.30 pagi..baby dalam perut pun sangat aktif dan tidak tido..sian baby...ummi wont drink that much next time yeah!!!!and we just celebrate kecil2an je..beli kek secret recipe one slice...celebrate it on the dot 12.00am..but no candle blow..hehhehe..coz nnt beli kek besar2 takde sape nk mkn plus i mmg sangat ngantuk... lagi best dapat surprise...selama 3 tahun berkelana chewah bersama la gitu..he is never do any surprise except belikan kek tuh biasa la..dah boleh agak...but then smlm tetibe bg sekotak hadiah..wow..rasa nak nangis...rupenye bukak2...he gave Oakley Jupiter..wow...sgt suke..anyway, hari tuh mmg ader survey spec oakley but i thought dia yang nak beli....rupenye dia nak belikan untuk aku.....padahal dah kantol dgn emel dia ...aku terbaca dia ader order kacamata tuh ngn kawan dia kat US...so surprise..ingat dia punyer..but again happy sangat....Alhamdulillah...rejeki yang Tuhan curahkan tuh mencurahkan jugak kasih sayang buat kami walaupun pelbagai rintangan kami tempuh last year...Alhamdulillah...semoga tahun ni lebih barakah dan rejeki melimpah ruah...semoga anak yang bakal dilahirkan ini akan memberi seribu rahmat buat kami..AMInnnnnn Ya Rabal Alamin.
Thanks Hubby..bukan slalu dapat brg surprise..murah ke mahal blkg cerita..

Thanks so much!!!

Hari Kedua 
Kami menyambut Besday En Shuben di TGI Friday..tempat kegemaran beliau....kosong perut dari tghri smpi mlm tuk mkn kenyang2 di sana.. Alhamdulillah everthing is ok...lets the pic tell the story k...


strawberry milkshake

spaghetti marinara -diha

tp abahnye yg mkn

BBQ caesar salad-HIM

chicken Mac & cheese- ME
us<3<3

Friday's Sunday (yang dah tak surprise sbb jepun(waiter) x phm english...)

Make a Wish Make A wish but have to sing a song...

Diha suap abah..she is so loving-proud of her

yummy..nasib in house x yah byr..weee

After that pegi KSL city to kacamata jugak for his birthday...Oakley jugak..but it is Oakley Holbrook...sebab aku pun taak tahu nak bagi ape..as long he happy aku pun happy......and as i wish..this year more prosperity, wealthy & healthy dan dapat menempuh segala kesusahan dan kesenangan bersama..dan aku amat berterima kasih dikurniakan seorang lelaki seprti suamiku kerana kesabaran dan ke'cool' an  amat tinggi dalam melayan siterinye yang ngade2 dan anaknya yang gonjeng ni...serta dpat menerima keluargaku sepenuh hatinya walau pelbagai rintangan kami berjaya menempuhinya...asalakan aku dan dia bahagia sehingga ke syurga...eventho we always fight to each other but he is more coolnest skang..dan skang gaduh2 pun tak tarik muka sampai seminggu...seminit je dah cukup..sebab kami sama2 dah masuk series of THREE..no more childish but more mature type....dear, i always love u till death do us apart...AMinnnnnn

yang harganya boleh pengsan..<"/>
jaga barang bebaik!!!

also this is our 3rd Anniversary
dan juga tahun ni amat cliche sbb me & hubby turns to 30
Diha turns to 3 y.o
Mmg agak unik no.3 tuh..semoga Tahun ni beri Barakah kepada kami..Aminn
tak sabar tunggu baby kuwar....yeehaaa


Tuesday, December 28, 2010

Busy like bees...

It has been a long time not update this lovely blog..ewah..anyway, im too busy with closing account...so busy like hell..sangat pening sampai terasa satu badan..kekdang bawak je balik kerja tapi haram tak sentuh pun..lepas isyak terus membuta..tidur itu satu nikmat ye kawan2..
hehhehe....my belly si growing fast ..dah nak masuk 17 minggu dah this week act tak pasti 17 minggu atau 18 minggu ( 4 1/2 months) tp belly nye ya Allah mcm sama besar ngn fiza nye perut 7 bulan tuh..hahahahah

Anyway, morning sickness is already gone but sangat malas melanda..got flu all the time especially during at nite..
oh sgt takut nak makan ubat byk2..now makan spirulina bantu badan supaya kuat melawan penyakit and mkn obimin...hehehhe

Hopefully this time pregnant aku ok selalu hendaknya..amin

Tahun baru Azam baru..yeehaa....

Tuesday, November 16, 2010

QURBAN...HIDUP....KENANGAN...

Esok Hari Raya Aidiladha..HAri Raya Qurban..Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...Semoga aku dan suami dapat menjadi ibu bapa yang mithali dalam mendidik anak2 menajdi anak2 yang sempurna akhlak dan kelakuannya...


Hari ni ramai dah cuti...dan pelbagai peristiwa berlaku dalam beberapa hari ini...hari sabtu lepas, aku menghadiri peperiksaan PTD yang dah lama aku tak attend..sebab aku frust, setiap kali aku pergi peksa tak pernah lulus dan pernah lulus sekali je tupun masa first time attending exam..takpela, at least aku mencuba, mana tahu rezeki memihak pada aku...banyak perkara yang menyedarkan aku semasa menjawab periksa tuh..first thing come to my mind, kenapa nasib aku still mcm ni..kenapa aku tak pernah di beri peluang untuk mendapat jawatan tetap, kalo betul kali ni aku lulus dan dapat jawatan lebih baik dari sekarang, aku tersangat bersyukur dan berazam untuk melanjutkan lagi pelajaran aku..tak kisah la ape orang sekliling cakap..ilmu tuh selagi kiter cari demi memenuhi ilmu di dada tak pernah lupus dalam cita-cita aku..walaupun terngiang2 ader hamba Allah bercakap, kalo ader degree pun tak dapat kerja degree lagi nak sambung master, rasa nya baik tak payah sambung master...hancur luluh hati aku bila kawan sendrik cakap macam tuh....takpelah...aku eprcaya rejeki tuh ada di mana2..tak ramai tahu sebenarnye aku kat sini sama jawatan seperti yang lepas..aku ada sebab buat tu semua dan minta maaf kepada yang bertanya apa status jawatan aku di sini..biarlah aku sendirik simpan kerana aku ada sebab aku sendiri....


kemudian, SKT aku telah dinilai...dan aku berterima kasih dengan mereka yang menilai..dan aku telah buat yang terbaik dari segi kerja aku..masa aku lebih banyak mengabdikan diri dengan kerja walaupun kelihatan aku merambu ramba sana sini..di sebabkan aku duduk dalam bilik kecik ni..takde sape tahu aku buat ape...kalo aku buat kerja pun orang ingat aku main facebook...terpulangla...semuanya dinilai oleh Allah....majikan menilai kerana kerja yang diberi...ape pun aku bersyukur....setimpal dengan jawatan ku yang baru dipegang tak sampai 1 tahun...Semoga peratusan itu memberi lebih lagi motivasi dalam diri ini...Walaupaun majikan ku yang dulu tuh aku tak berapa suke...she's gave me tip top percentage..itula kelebihan dia..takpelah....it happened...cannot turned back...


Kalo aku menyuarakan hasrat kepada suamiku...pasti dia marah aku...hermmmm.....


Aku rindukan zaman di tourism...entah tetibe je....sana sentiasa happy bukanla nak cakap sini tak happy..but happy tuh mcm2 makna dan perspektif.....kawan2 yang amat memahami..tapi terpaksa let go tuh seme sebab aku lebih menjurus kepada kerja ku yang sekarang..


Wah panjang sudah entry aku..tetibe nak meluahkan kat sini...tapi tak semua yang dapat diluahkan kat sini since this is not my private blog cause all my entries will be sharing to others....


SALAM AIDILADHA...

Monday, November 8, 2010

hOLIDAY..bERhOLidAY....

Last week, on thursday nite kitorang bertolak ke MElaka...then jumaat , Deepa day gi Kl melawat Tok busu dan dia sedang berasnur pulih..Semoga Atok bertambah sehat pas ni k..

Gi jenjalan ke Melaka kali ni tak berapa nak jalan sangat plus aku semakin penat dan cepat penat..hohoho..takpe2...energy tuh akan ader lepas bulan 6 nanti..hehehhehe..Anyway, kitorang gi UiTM Lendu tgk mak cu aka adik ipar ku...gi Tampin sebab nak mkn Pizza Hut punye pasal then terus ke Jonker Street mencari Cendol yang sedap tapi mcm tak sedap..plus ramai chinese over there..tekak kembang..panas2 buta lak tu...PAs tuh ke Jusco baru kat area mane ntah yang penting sebelah Tesco Melaka..heheh..besar la jugak but away different dari JB lagi suke kat Jusco Tebrau cos bnyk branded outlet..sana tak sangat..dan seklai lagi aku cepat penat..pembawakan kot..huhuh nnt ader anak 2 ntah mcmaner plak penatnye...kene kuruskan badan tambah energy..PASTI!hehehhehe

Diha Tutup mata sebab ikut 'amak'nye (abah) tutup mata

En. Shahir tetibe malu tgk lempeng keju ni

dan kami-mak cus, saya (mulut penuh mknn) n cik Diha

My Cute Little Angel with Replica of vespa @ Jonker Street

 Tadaaa...presenting Starbuck bought from Singapore...yummyyy

ELLISATHUL mj


jenguk2