Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, September 14, 2012

TIPS MEMINUM AIR MASAK DENGAN BETUL


As Salam,

Quick update sebelum punch balik pukul 5 ni..hahah..lama betul tak update blog yang bersawang...sebenarnye takde idea nak tulis keranan block writing bersarang dalam otak..anyway, business stuill run mcm biasa...skang sibuk mengclosing kan akaun, bengkel sana sini, raya sana sini..dan juga proses menaikkan berat abdan pun bermula..oppss tapi PB penyelamat mak skang ni..hahahah makan tetap makan..mana boleh tak makan..takut kufur nikmat...hehhehe...

anyway, ari ni sempat blog walking satu blog ni.. suke tips minum air masak nya..so sebagai panduan kita bersama..meh kita share.

InsyaAllah, hari ini saya kongsikan cara pengambilan air supaya penggunaan air dalam badan digunakan secara optimum.
  1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
  3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
  4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
  5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
  6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
  7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
  8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
  9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
  10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.
Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.
p/s- saya suka minum 2-3 teguk air bila nak ke tandas. Alang-alang membuang biar banyak sket. tongue tapi sebenarnya takde la air tu terus keluar pun. Badan kita kan banyak filter. lepas ke tandas, minum air lagi. big grin
Selamat mencuba!

So, disini sesiapa yang pakai Premium beautiful haruslah juga meminum air masak dengan secukupnya supaya proses pembuangan akan berlangsung dengan jayanya...SELAMAT MENCUBA!!

anyone who wants to try this MAGICAL CORSET, u may contact me k!

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu BPA Free akan diharamkan?

OK...PEMBETULAN..BOTOL SUSU BPA YANG DIHARAMKAN BUKAN BPA FREE DIHARAMKAN...HEHEHEHEH

Mak aii..br je beli satu botol susu AVENT tuk diha last 2 weeks, this week kata akan diharamkan tahun depan iaitu setahun dari sekarang sebelum dilancarkan pengharamannya.Ataupun diorang nak kata yang minum susu ibu lagik bagus dari susu botol..Cakap je terus terang..takyah nak berdalih2..dan sebgi seorang ibu pastila kita akan risau tentang effect aper yang diperkatakan seperti di bawah ini... Hope jauhkan dan lindungilah anak2ku dari sebarang bahaya ini..Aminnn


PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama

Macamana nak kenal botol Susu Polikarbonat Bisphenol A?? Senang saje, cari botol susu yang dilabel "BPA Free", kalu yang takde label "BPA Free" tu maknanya ada Bisphenol A la tu.



petikan : http://carca-marba.blogspot.com/2011/03/botol-susu-polikarbonat-bisphenol.html

jenguk2