Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Amalan Sewaktu Mengandung

Kali ni mengandung tak dan nak baca Al-Quran tapi ku cube buat mana yang termampu..Insha Allah


Amalan Ketika Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

credits to: http://aidura.blogspot.com/

doa seorang isteri.


Kali ni pregnant asik terbangun pagi hari sebelum subuh sebelum orang baca tahrim di surau dan sangat lapa...aduhai..ape kene nya dengan aku....
Sekarang dah masuk trimister ke 3 means dah masuk 28 weeks...yey!Alhamdulillah..semoga Tuhan mengurniakan kesihatan dari segi mental dan rohani begitu juga dengan abahnya yang sedang mengalami back pain. Kasihan suami ku...aku sgt sedih mlm tadik sebab tetibe terlintas dalam fikiran kalo dia sakit, dia tokleh keje aku ngn perut lagik dengan diha lagik..Sampai aku ckp sedih2 dengan suara bergetar, ' Abang kene sehat, kene kerja.Orang dengan perut lagik ni dapat buat tahap yang paling mampu dan maksimum yang tidak seperti orang sihat lain yang mampu buat," Suamiku diam dan barangkali dia memikirkannya dan terus tertidur tidak lagik mengadap komputer seperti kebiasaan. Ya, kerana sebab dia selalu bersekang mata tgk bola dan mengadap lappy, dia mengalami sakit belakang dan begitu juga suka membuat kerja dalam satu masa cthnya, br balik dari singapore jam 7 mlm tapi kul 8 dah gi main futsal...hello, badan awak bukan budak umur 20 tahun tapi 30 tahun ya...ingat tu....skarang perlukan masa untuk kesihatan dan mental dan ya kamu sudah berkeluarga. tidak dinafikan suami saya seorang family type...he is willing to do everything for family.Thanks for that Ya Allah..sekurang2nya tggjwbnya terhadap kami tidak terabai..Alhamdulillah.

Ya Allah, kurniakanla kesihatan dan sembuhkanlah kesakitan yang dialami oleh suami ku...Begitu juga dengan rejeki dariMu, semoga dengan kehadiran si kecil ini akan bertambah rejeki kami.Lapangkanlah dada kami semoga kami dapat menempuh segala dugaan dengan penuh keredhaan kepada Mu Ya Allah...Sesungguhnya tiada tempat lain untuk kami mengadu selainMu, Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim....Aminnn.......

Tuesday, October 27, 2009

Semoga Tuhan Makbulkan...

Semoga Tuhan makbulkan doa ku...

Esok penentu masa depanku..aku berharap kali ni menjadi..Semoga doa aku diterima Tuhan dan dimakbulkan Tuhan demi masa depan kami sekeluarga..

Aminn


Sunday, June 28, 2009

Kalaulah....

Jam di laptop aku ni menunjukkan jam 3.37 pagi....hu aku tokleh tido since kul 1.15 tadik...tak tahu kenapa..byk mende pikir..actually, aku baru baik demam since last thursday, 2 hari demam, dan alhamdulillah hari ni dah ok...at first, en sahir yang kene demam, jangkit pada aku dan skang diha pulak demam, aduh risau betul..tokleh tido memikirkannya...kekadang terpikir kan pengorbanan seorang ibu ni lebih besar dari pengorbanan seorang ayah..kenapa aku cakap cam tuh? em sebab kalo bapaknyer demam, kiter yang jaga,anak pun kiter yang jaga tapi biler kiter demam, anak pun kiter jaga, bapaknyer sekadar tengok jer tak mampu nak buat sepertimana seorang ibu buat kepada anaknyer..kenapa ek?tak mampu ke ataupun tak tahu nak buat apa ataupun tak nak berusaha buat aper yang termampu...

erm pukul 3.15 pagi tadik, aku baru tersedar aku belum lagik semayang isyak..astaghfirullah aku semakin lupe kepadaNya, but it takes about 15 mins to wake up di mana suara hati yang jahat di bawah nun sana mengatakan 'tak payahlah semayang, ko kan ngantuk"..peh pada hakikatnya aku langsung tak rasa ngantuk, aku sangat segar...erm tapi ada suara hati lagik berbunyik ' eh , bangun2, ko tak leh tido sebab ko tak semayang isyak lagik, dari ko pikir2 yang bukan2 dgn nak cari pasal pe lagik, pi bgn amik air semayang pi doa bebanyak, bulan ni bulan Rejab dan bulan yang sgt diredhai oleh Allah selain syaban dan ramadhan'..lalu aku pun bgn..langsung terus membawa aku ke depan lappi ni untuk mencoret sedikit rasa untuk luahan walaupun tak sepenuhnya...

Tetibe tgh berkira2 nak bangun aku terpikir pasal mati..Ya Allah takutnye, aku belum bersedia lagik, aku belum cukup amalan tuk dibawa, aku jadi sgt takut...tak tahu kenapa, tapi kalaulah apa2 terjadik pada aku, aku harap abang aku dapat menjaga diha seperti anaknyer sendiri...argh..napa aku tulis cam tuh...aku pun tak tahu, kerana aku percaya abg aku lebih berpengalaman dalam hal ini...uh sedeynye, leks2 aku bukan buang tebiat ke aper ok..just a little note..but kalo boleh biarlah bapaknyer sendiri, tapi dalam keadaan mcm ni, aku ader sebab tersendiri kenapa aku buat sttmt cam gitu..heheheh..bkn aku tak percaya suamiku buleh bertanggungjawab tapi aku rasa he has his own path, dia seorang bapa yang boleh diharap, boleh bantu cuma kene perbaiki hal selain daripada yang aku sebutkan tadik..oh myb,we were just about one and half year of marriage, so i cant judge anything..people will cahnge someday maybe, but its true, it takes about 5 years in marriage to know each other very well...i have another 3 and half years to go..i hope that it will goes day by day with full of love and joyful among 3 of us...Aminn...

Sesungguhnya, aku sangat mencintai dan menyayangi suamiku sepenuh hati ku dan juga aku amat berbangga kerana aku dapat melahirkan zuriat nyer yang sangat comel dan sangat keletah serta cerdik..ummi sayang diha so much...suamiku tetap milikku yang telah tertulis diazali..dan semoga aku masih berpeluang melahirkan anak2 yang comel untuk suamiku..amin.....demi diha aku tetap terus bersemangat tak mudah goyah dan tak mudah beremosi, please Tuhan help me!Temukan aku kepada jalan yang diredhai oleh Mu, Ya Allah!aminnn...


p/s: entri ni agak emosi sket kerana aku berjaya menaip utk kesekian kalinya pada waktu awal pagi dan dapat menghabiskan pada 3.55 pagi..horray!Semoga Tuhan mendengar doaku tadik..aminnn...

Ellisathul Md Jadin

jenguk2