Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Sunday, January 18, 2009

Anugerah....

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Segalanya terjawab di bawah :

  1. Award nih, Aishah yang bermurah hati berikan kpd aku...(sorry shah, lambat terima award ni, tunggu mood nk buat n3 baru..heheheh)
  2. 5 fakta/hobi aku :
  • Isteri kepada Muhammad Shahir dan perkahwinan kami akan melangkau ke tahun pertama pada Februari ini.
  • Ummi kepada AIn Nur Madihah yang cute yang berumur 58 hari pada ketika aku menulis n3 ini.
  • Suka melancong sebab tuh keje ngan Tourism Malaysia so dapat merasai kecantikan dan keunikan pelancongan domestik
  • Gemar aktiviti lasak especially diving n camping(meredah hutan) suke sgt..nak dive lagik tapi tak tahu biler...bj dive dah muat dahhh....hahahah
  • Love to read novels n magazines.....suker berangan2 biler baca baca novel..hehehheh
4. 10 penerima award -(tapi aku bg 5 je..boleh tak sebab lom tentu dorang akan wat benda
yg same ngan aku...hehhehehe) yati, wawa, nazib, ain@ireland,gee....
5. Seperti diamanahkan, maka aku terjah blog mereka...hehehhehe

Thursday, December 18, 2008

D.I.A.M atau N.O.T.H.I.N.G.T.O.S.A.Y

diam...
dan diam....

makan malam pun dgn suasana senyap dan tunduk...

kenapa diam?
tak tahu nak cakap ape...

sampai hati...
:senyap:

pagi....
diam jugak....

sampai bila lah hidup aku mcm ni...
dia ngan dunia je..
aku ni sapa dlm hidup dia...sapa...

terus diam dan senyap..
sampai bila...
sampai tahap kesabaran aku ke maksima......

Wednesday, December 17, 2008

Aqiqah dan cukur jambul


mak tok ngan Diha


ummi, abah n diha


Diha dgn mulut muncung dia...

Sabtu lepas tanggal 13 Disember 2008, pak mentua ku mengadakan kenduri untuk cukur jambul dan aqiqah Diha dan Adam (anak sedaraku). Alhamdulillah, majlis berjalan ngan lancar dan suksess..

Keistimewaan Wanita

Keistimewaan Wanita

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungihatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, December 10, 2008

L.O.V.E n L.I.F.E

Tak tahu nak tulis ape..
tapi nk tulis sesuatu..aper tuh???aduhai..
entahla...

aku gembira dgn hidup ni..
tapi aku rasa ader sikit kekurangan...
aku nak keje tetap...aku nak jadi anak yang baik, anak yang membanggakan ibu aku...
aku nak jadik isteri yang solehah dan ibu diha yang penyayang....pendek kata aku nak jadik yang terbaik untuk semua orang di sekeliling ku...
tapi seharusnya aku bersyukur kerana aku dikurniakan suami yang penyayang, caring dan cukup bersabar dgn aku....dan hidup bersederhana..ye aku harus sabar dalam mengejar cita2 aku...

ader orang lagik susah dari aku
ader orang lagik malang dari aku
aku harus bersyukur dgn limpahan rezeki dan takdir yang Tuhan beri pada aku....

abang,
I love u so much n tima kasih kerana banyak bersabar dgn orang...
semoga tuhan panjangkan jodoh kiter sampai ke syurga...
takde abang, tak tahu nak bergantung kat siapa.....

mak,
kasih sayangmu tak akan ku lupa
aku tak tahu mcmaner hidup aku kalo mak takde...
walau aku selalu lawan mak aku
tapi aku sayang sangattt kat mak.....

Friday, December 5, 2008

Akhirnya.......






Assalammualaikum.....

Alhamdulillah, sumenye berjalan dgn lancar...akhirnya pada tarikh 20 Nov 2008 tepat jam 12.10 pm aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ain Nur Madihah.
Termakbul jua doa ku untuk mendambakan seorang anak perempuan buat suami tercinta dan mak tersayang (cucu sumer lelaki, haruslah kali ni perempuan kan)...heheheh

Tetapi betullah kata orang, sakit tuh lama tapi bila tengok anak keluar je..hilang terus sakit2 yang bagai nak rak tuh...Tuhan je yang tahu kesakitan tuh mcmaner..tapi ituhla miracle dari Tuhan....aku bersyukur ke atasNya dengan limpah rezeki yang dikurniakan buat kami sekeluarga...

Semoga kelahiran Diha membuka pintu rezeki dan kebahagian buat kami suami isteri...Aminnnn...

Tuesday, November 18, 2008

7 days more to go......

Assalmmualaikum,

Wow, mcm tak percaya aku akan bakal jadik seorang ibu 7 HARI lagi...
erm arini aku MC 2 hari...arituh kene admit kat sepital 2x...naik boring rasanyer.....
pas ni..i will make sure, sakit betul2 baru gi.....

My condition skang?? still ok lagik...cuma nak akhir2 ni tak larat nak bawak perut...almaklumlah dah 39 minggu..its about anytime to deliver my baby....

Seronok mengandung ni even memula rasa mcm tak sanggup nak lalui saat2 mengandung selama 9 bulan ni..tapi percayalah hanya kaum ibu yang mengandung yang merasainya dengan penuh gembira and its beyond word dude!! lagik2lah nak akhir2 ni, rasa sayang ngan perut boyot ni but at the same time, tak sabar nak tgk zuriat pertama kami ni....

Apepun, aku sentiasa mendoakan supaya anak pertama ni dapat menjadi anak yang soleh/solehah, mendengar nasihat ummi dan abahnye, mengikut perintah yang Menciptanya dan tak pernah kenal erti jemu dalam mengejar ilmu dan cita-cita untuk dunia dan akhirat..Insha Allah...

We love u baby.......can't hardly wait to see u....

jenguk2