Terngiang-ngiang tazkirah pagi tadi sempena majlis perpisahan pengarah dan staf yang bertukar pejabat, kita digalakkan untuk mencari keredhaan Allah in no matter what. yes, i agree with that... jadikan diri kita seperti cermin..sebab apabila kita mengganggap orang lain dengan pandangan negatif sebenarnya ia merupakan perkara yang sama bagaimana orang menganggap kita sebaliknya.. apabila kite mencari keredhaan Allah dengan ikhlas, insha Allah kita akan berasa sangat bahagia.... seronok kan...
Alhamdulillah dengan pengisian di pagi hari tadi dapat mengingatkan kita di mana kita berada sebenarnya.. Hari-hari aku berdoa semoga tidak terlalu ta'aruf dengan kemewahan sederhana yang ada, sentiasa mencari kelemahan diri dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik untuk emak, suami, anak-anak, sedara mara, ipar duai, mentua dan juga untuk rakan-rakan...
semoga dengan kehadiran tahun 2013 ni, kita dapat mengorak langkah dengan lebih jauh dan lebih bertawaduk dengan niat kerana Allah.. InshaAllah, jadikan kekurangan pada tahun 2012 sebagai panduan untuk tahun hadapan..InshaAllah....
semoga panduan di bawah ini menjadi inspirasi di tahun 2013...