Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Monday, March 14, 2011

Ayat Seribu Dinar

Pregnant kali ni, x byk dapat baca surah2 tertentu.so teringat ayat seribu dinar pun bagus jugak untuk diamalkan bukn shj sewaktu mengandung tapi untuk kehidupan seharian. teringat satu hamba Allah ni, masa interbiu beliau kerana menjadi seorang ibu kepada 11 orang anak dan semua anaknya berjaya. Salah satu amalan beliau adalah dengan mengamalkan bacaan ayat seribu dinar dan juga sepotong ayat Bismillah.. Berkat doa beliau, anak2 beliau semua berjaya. Antaranya menjadi doktor, peguam dan juga pensyarah dan anak2nya terkenal dengan kebijaksanaannya. Menurut beliau, dia pun tidak punya byk masa untuk membaca alQuran seharian tetapi beliau mengamalkan dengan membaca ayat dibawah dan amaln membaca bismillah setiap pagi dan setiap hari. Semoga berkat usaha ini juga, aku dapat melahirkan seorang khalifah Allah yang terulung dan bijaksana...Aminnn..


Ayat seribu dinar ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



kredit:http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

1 comment:

  1. Saya keliru dengan ayat seribu dinar diatas:
    "Wa man ya tawakkal" atau "Wa man ya tawakkalu"

    "Lam mati" atau "baris depan"

    ReplyDelete

jenguk2