Who I Am??

I am a wife, a mother of three children, slaves of government :)
and of course a humble slave of Allah Swt.

Monday, June 29, 2009

PEtua

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Image removed by sender. Image removed by sender.

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji
antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti
masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap
mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh
kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah
boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa
diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips
Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu
Mengandung dan Panduan
Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu
pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing
dengan orang lain bagi
mengelakkannya daripada melampaui batas,
menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan
orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat
yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta
dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat
yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang
antara suami isteri iaitu membaca
surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas
baran suami
.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah.


Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab
terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang
kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada
tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

No comments:

Post a Comment

jenguk2